Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, FR
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog
di antara FR dan guru tersebut berbunyi begini :
FR : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam
mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je
ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
FR : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput
di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang
PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu
petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut
dan selepas itu bawa balik ke kelas.
FR : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila FR tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada FR.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
FR : Oh, tadi saya berjalan di atas
rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah
rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu
cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang
saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya,
apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan
cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang
itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun
nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka
barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Sayangnya FR telah melupakan kata-kata cikgunya itu. FR masih dahagakan kasih sayang walaupun telah berjumpa orang yang terbaik dalam hidupnya sebelum ini. Mencari dan mencari sehinggakan FR telah tersilap langkah. Kini barulah FR teringat akan kata-kata cikgunya dahulu. FR bernasib baik kerana masih dapat menoleh ke belakang. Diterima dan dimaafkan oleh orang yang pernah menjadi orang kesayangan FR suatu masa dulu. Mulai saat itu, FR berjanji akan mengikut kata-kata cikgunya untuk menghargai orang yang disayanginya buat selama-lamanya.



amat bermakna entry nieh.. :)
ReplyDelete